"berapa jumlah bandwidth baru internet yang akan dinikmati pelajar tatiuc? dengarkata dr 10 Mbps ke 32 Mbps? betul ke?
- Benar. peningkatan ini akan di nikmati oleh student tatiuc tidak lama lagi. diharap semua student tatiuc bersabar.
Thursday, August 13, 2009
Aduan dan Cadangan
Posted by mpp at 10:26 PM 0 comments
Labels: Aduan dan cadangan
Tuesday, August 11, 2009
Mesin ATM
Tidak lama lagi pelajar - pelajar di TATiUC bakal mendapat perkhidmatan mesin ATM. Mesin yang diselenggara oleh pihak Bank CIMB akan dapat di gunakan tidak lama lagi.
Dengan adanya kemudahan ini di kampus kita, ia akan memudahkan warga TATiUC tidak kira sama ada pelajar mahupun staff.
Perkara ini akan diteruskan lagi oleh bank - bank lain apabila mesin yang disediakan ini beroperasi. Pihak MPPT dimaklumkan bahawa kemudahan ini mungkin tidak hanya boleh diguna oleh warga TATiUC, malah ia juga akan digunakan oleh orang - orang kampung yang terdekat seperti mana yang dikehendaki oleh pihak bank.
Semantara ini, mesin ini akan ditempatkan di lobi bangunan pentabiran. Setelah itu, mesin ini akan ditempatkan di post pengawal di pintu pagar utama untuk memudahkan orang - orang kampung menggunakanya.
Harapan dari pihak MPPt apabila kemudah ini telah disediakan makanya warga TATiUC terutamanya pelajar supaya mengunakan dengan berhemah supaya kemudahan ini akan meningkatkan keselesaan hidup pelajar di TATiUC.
Posted by mpp at 4:57 PM 0 comments
Labels: Kebajikan Mahasiswa Tatiuc