BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Salam Takziah

Salam takziah buat Y.Bhg Rektor, Dr Rozailan Mamat diatas pemergian ayahanda beliau pada Rabu, 22 april 2009. Tidak lupa juga salam takziah buat Encik Musa(bapa saudara kepada Y.Bhg Rektor) pensyarah TATiUC. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
AL-FATIHAH....

KeLuHaN SuBuH

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. K utanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah- olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh. "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kat Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir
separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkn sebuah senyuman. "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Thursday, April 2, 2009

Festival Kebudayaan Tatiuc

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah untuk semua mpp dan ajk yang terlibat untuk festival kebudayaan tatiuc yang julung2 kalinya diadakan di tatiuc. Festival ini sebenarnya anjuran pihak HEPA dan di jalan 100% oleh mpp tatiuc 09. Keseluruhannya, festival ini berjalan dengan lancar. Cuma penglibatan student tidak penuh. Mungkin kesilapan mpp kerana tak war-warkan dengan lebih awal. Saya selaku mpp memohon maaf atas kesilapan itu. Sepanjang minngu itu, ramai mpp yg terlibat dengan English carnival. Jadi tak sempat nak prepare sebaiknya untuk festival ini. Tapi komitmen terbaik mpp, dapat juga festival ini berjalan dengan lancar.
Banyak aktiviti yang telah berjalan pada festival ini seperti tarik upih, bola selipar, futsal kain pelikat, bola bayang, takraw bulat dan galah panjang. Selain daripada itu, pertandingan karaoke juga turut disalitkan pada malam kemuncak festival. Buat pengatahuan semua, juara karaoke telah jatuh kepada peserta dari blok D dan sekaligus juara keseluruhan blok jatuh kepada blok D. Tahniah diucapkan kepada penghuni blok D.
Disini seluruh warga MPP TATiUC 09 dan pihak HEPA ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesulitan yang terjadi sepanjang festival. Kerjasama semua student yang terlibat, kami susuli dengan ribuan terima kasih.

SENARAI PENUH JAWATAN MPP TATIUC 2009

Yang Dipertua
Nor Ahmad Muttaqin Bin Mohd Sariful Lim (NT)

Timbalan Yang Di-Pertua
Wan Ahmad Saufil Hamzi Bin Wan Mohd (HEE)

Setiausaha Agong
Noor Rabiatul Adawiyah Bt. Ahmad Razif (EI)

Timbalan Setiausaha Agong
Mohd Armia B. Zakaria (PT)

Bendahari Kehormat
Mohd Alias B. Mohamad (HBF)

Biro-Biro MPP

Biro Disiplin : Mohd Hafiz B. Mohd Noor (MT)
Biro Hubungan Luar : Fatehah Hanim Bt. Ahmad Othman (MT)
Biro Sukan : Ahmad Firdaus B. Jamaludin (TM)
Biro Agama : Nur Hazwani Bt. Zakaria (CT)
Biro Kebajikan Siswi:Syazwani Bt. Md Sobri (GMK)
Biro Ekonomi : Kok Liang Yi (HEE)
Biro Publisiti : Helmi B. Ramli (CIS)
Biro Kebajikan Siswa: Mohd Nazrin B. Burhanuddin (HBF)
Biro Pendidikan : Nor Luqman Hazim B. Sarip (HME)

KEBAJIKAN MAHASISWA TATiUC

assalamualaikum..

Setelah mesyuarat esco tertinggi kali kedua berlansung, banyak agenda yang telah diketengahkan bagi memastikan kebajikan mahasiswa tatiuc terjamin dan terbela. Disini krew ingin menbentangkan segala masalah, aduan dan cadanganyang diterima daripada pelajar. Antara masalah dan aduan yang diterima adalah seperti berikut:-

  • Masalah penggunaan wireless.
  • Pembaharuan kad Astro di asrama pertama dan kedua.
  • Jalan berpasir di bulatan besar.
  • Masalah kedai makan kotor dan mahal di kafe baru.
  • Kerosakan mesin basuh di asrama lama dan baru.
  • Meminta peralatan kebajikan pelajar daripada HEPA.
  • Masalah penapis air yang kotor.
  • Ketiadaan mesin ATM.
  • Ketiadaan garaj motor siswi.
  • Ketiadaan spotlight gelanggang futsal.
  • Ketiadaan sound system di asrama kedua.
  • Memanjangkan had masa keluar masuk.
  • Pengawal keselamatan tidak adil.
  • Masalah peralatan lama di asrama.
  • Pondok rehat di asrama kedua.

MALAM PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009

ASSALAMUALAIKUM

Pada malam 4 febuari 2009, tertubuhlah sudah majlis perwakilan pelajar sesi 2009 dengan secara rasminya.

Alhamdulillah, majlis malam tadi berjalan dengan lanjarnya.program sebenarnya bermula jam 8 lagi dengan raptai.

Malangnya, ramai yang tidak dapat hadir dengan waktu yang tepat. Krew ingin memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pada majlis

rasmi seperti ini. Untuk pengatahuan semua, mpp09 dimaklumkan majlis bermula jam 8.40.. Last minute baru diberitahu yang ade majlis raptai jam 8 malam.

Insyallah kesilapan ini dapat diatasi selepas ini. Majlis ini dihadiri oleh rektor tatiuc, timbalan rektor tatiuc, dekan-dekan,mantan mpp 2008 dan ramai lagi. Majlis ini juga dimulakan dengan ucapan daripada rektor tatiuc dan

disusuli dengan ucapan dari Yang DiPertua MPP TATiUC sesi 2009, saudara Nor Ahmad Muttaqim.Majlis penyampaian sijil pelantikan disempurnakan sendiri oleh rector tatiuc , Tuan Rozailan Mamat.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

Selepas selesai majlis pelantikan, semua vip dijemput ke thtrt a untuk melihat latihan tarian tatiuc.

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke mpptatiuc.blogspot.com Segala kemushkilan bolehlah berhubung dengan kami di blog ini ataupun secara individu. Segala cadangan saudara akan kami usahakan ke pihak atasan. Semua respon kami dahului ribuan terima kasih.